MUAR: “Saya terkejut mendapati wajah Alysa bertukar kebiruan lalu memanggil mak untuk membantu. Mak menjolok mulutnya menggunakan jari bagi mengeluarkan objek terbabit tapi gagal,” kata Asniza A Rasid, 24, ibu kepada Alysa Khairul Azhar, 10 bulan, yang dipercayai tercekik bateri dalam kejadian di Kampung Parit, Kampung Bukit Pasir di sini.
ALYSA...ditahan di wad
Menceritakan kembali detik cemas itu, Asniza berkata, dia sedang menyidai pakaian di luar rumah apabila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menangis sekuat hati dalam keadaan luar biasa.
“Saya terdengar tangisan kuat dan syak berlaku perkara tidak diingini lalu meluru ke dalam rumah dan melihat dia (Alysa) seperti tersedak sesuatu dan menangis dengan kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.
Berdasarkan perbualannya dengan Hanafi serta anak jiran, Asniza mengetahui bahawa Alysa tertelan bateri bersaiz AAA.
Menurutnya, Alysa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan tetapi bateri terbabit tetap gagal dikeluarkan.“Alysa menjalani ujian X-Ray empat kali di HBP dan doktor mendapati objek yang ditelan itu sudah berada dalam perutnya. Anak saya dipindah ke HPSF akibat ketiadaan pakar serta kemudahan.
“Dia dihantar ke HPSF jam 7 malam pada hari sama dan dimasukkan ke dewan bedah dua jam kemudian untuk mengenal pasti objek ditelan,” katanya.Hasil pemeriksaan, ia disahkan bateri dan sehingga semalam, anak bongsu daripada empat beradik itu masih ditahan di wad di pusat perubatan berkenaan untuk mengeluarkan bateri terbabit.
Difahamkan, keadaan bayi berkenaan dilaporkan stabil.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: