Monday, October 11, 2010

Versatil gaya selendang polos


BIARPUN selendang bercorak menjadi pilihan ramai hari ini, namun selendang polos tidak kurang menawan.


USAH biarkan koleksi selendang polos hanya tersimpan rapi di dalam almari tanpa disentuh. Biarpun tudung bercorak menjadi fenomena wanita bertudung hari ini, namun persepsi bahawa selendang tanpa corak tidak mampu menyerlahkan penampilan adalah tidak tepat.

Hakikatnya, selendang polos juga antara item fesyen yang ideal dimiliki oleh wanita bertudung mahupun tidak.

"Memang rata-rata wanita bertudung nampaknya lebih menggemari selendang bercorak berbanding selendang polos.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan para penuntut, malah kakitangan awam dan swasta juga mempunyai persepsi yang sama. Selepas beberapa kali diundang memberi demonstrasi pemakaian selendang di kolej dan pejabat, saya mendapati selendang polos rona hitam sahaja yang sering menjadi pilihan mereka," terang selebriti dan model, Rina Zulkifli, 26, ketika ditemui Stailo.

Tidak dinafikan selendang polos warna hitam menjadi pilihan ramai kerana ia sesuai dipadankan dengan pelbagai busana, namun tegas Rina selendang polos warna kuning, merah, biru dan putih juga sesuai digayakan.

Apa yang penting si pemakai bijak memilih teknik lilitan yang menarik.

Selain itu, selendang polos juga membantu memberi keseimbangan warna apabila dipadan bersama busana bercorak atau berjalur.




"Sekiranya wanita menyarungkan blaus bercorak rona merah terang, maka pilihlah selendang polos warna merah lembut. Bagi mereka yang memakai baju warna lembut pula serlahkan penampilan dengan selendang warna terang.

"Namun jika ingin kelihatan lebih menarik, jangan malu untuk memakai dua helai selendang polos berlainan warna. Wanita bertudung perlu berani mencuba pelbagai teknik ikatan, asalkan tidak melebihi batas," jelas Rina, sambil menyematkan kerongsang motif bunga di bahagian atas tudung.

Dalam pada itu, Rina turut memberitahu wanita yang tidak bertudung juga berpeluang bergaya dengan selendang, sama ada ia dijadikan lilitan turban atau hiasan kepala seperti reben.

Enggan membiarkan golongan remaja mempraktikkan teknik lilitan selendang yang stereotaip, Rina menampilkan tiga pemakaian selendang polos berbeza menerusi ruangan Riak & Rias pada minggu ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: