Thursday, October 21, 2010

Ulek Mayang: Menyulam cinta dengan puteri kayangan

Drama 20 episod arahan Rashid Sibir ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali.

Berlokasikan negeri Terengganu, Ulek Mayang, mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri Mayang Sari di persisiran pantai.

Suatu hari, mereka bertemu dan jatuh hati. Namun kisah cinta mereka dikhianati, Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, slot Lagenda amat disukai ramai kerana paparan cerita yang sangat menarik dan ‘Ulek Mayang’ bakal memenuhi cita rasa penonton.

“Selain paparan kisah cinta terlarang antara dua dunia yang agak klise, para penonton juga akan teruja dengan tarian Ulek Mayang yang telah diubahsuaikan daripada sebuah upacara pemujaan kepada tarian kebudayaan supaya bersesuaian dengan ajaran Islam pada zaman sekarang. Kami berharap agar penonton TV3 akan terhibur dengan siri drama tersebut.”

Jangan ketinggalan untuk menonton “Ulek Mayang” mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 jam 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: