Monday, October 11, 2010

Red On Black janji kelainan

Peminat legenda rock tanah air kini bakal dikejutkan dengan konsert hebat Red On Black yang bakal menampilkan tiga nama gergasi iaitu Search, Wings dan ratu rock Malaysia, Ella buat julung kalinya di atas satu pentas.

Selepas kejayaan Konsert Double Trouble (DT) yang melibatkan Search dan Wings, satu lagi jenama baru iaitu Red On Black dengan kerjasama Awie Entertainment bakal menjayakan konsert hebat ini nanti.

Konsert yang menjadi kesinambungan dari Konsert DT ini juga bakal diadakan di sebelah Pantai Tmenyertaimur Semenanjung Malaysia iaitu di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang.

“Perbezaan Konsert DT dengan Konsert Red On Black adalah kami akan adakan pembukaan secara besar-besaran, kemungkinan juga kelab kereta Ferrari dan Lamborghini akan menyertai kami, kata Awie iaitu salah seorang daripada anggota kumpulan Wings.

Sementara itu, lagu-lagu yang bakal dibawa oleh kesemua legenda rock ini pula adalah sebanyak lebih kurang 28 hingga 30 lagu bagi memenuhi slot masa lebih kurang dua jam setengah.

Manakala antara lagu-lagu yang bakal dibawa oleh mereka adalah Pawana, Gadisku, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Isabella, Jaket Biru, Pengemis Muda, Rama-rama dan banyak lagi lagu-lagu hit mereka yang pasti digilai oleh peminat serta penonton.

Konsert Red On Black ini bakal diadakan pada 15 Oktober ini dan harga tiket pula lebih murah dari Konsert DT iaitu RM57.

Bagi yang berminat untuk membeli tiket atau menyuakan sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Zainurain atau John di talian 019-3261610.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: