|
|
DAERAH Hulu Langat di Selangor bakal menyaksikan kehebatan peserta yang akan bersaing di dalam lumba lasak, Hulu Langat Adventure Race 2010.
Pertandingan akan diadakan di Hutan Lipur Gunung Nuang pada 20 dan 21 November 2010.
Pertandingan anjuran Persatuan Kembara Negara (PKN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Kembara Outdoor Center (KOC) ini menawarkan hadiah wang keseluruhan bernilai RM17,400.
Penganjuran acara ini diadakan bagi mempromosikan Hulu Langat yang kaya dengan produk pelancongan termasuk Taman Negeri Selangor.
Secara teknikalnya, pertandingan ini memerlukan peserta mengharung lima disiplin iaitu berlari, berkayak, berbasikal ,high rope dan rempuh halangan di laluan yang telah ditetapkan oleh penganjur di sekitar hutan lipur daerah Hulu Langat.
Mengenai kategori pertandingan pula, ia terbahagi kepada dua iaitu Terbuka Lelaki (dua orang sepasukan) dan Pasangan Campuran (dua orang sepasukan lelaki dan wanita). Yuran penyertaan bagi setiap kategori adalah RM150. Tarikh tutup penyertaan pada 14 November 2010.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ahmad Fakhri Abu Samah (019-2500062), Mohd Rafi Kori (012-3715412), Mohd Afnal Rosli (012-2022644) atau Ahmad Reduan Rozali (019-2500022) atau pejabat PKN di talian 03-89263708 atau faks 03-89262708.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: