Tuesday, October 5, 2010

Nasib Cut Tari terumbang ambing

KEHIDUPAN Cut Tari kini sudah tidak seindah dulu.
Jika dulu, rezeki jelitawan yang nama sebenar­nya Cut Tari Aminah Anasya begitu murah menerusi pembabitannya selaku aktres, pengacara televisyen dan model.

CUT Tari sebelum skandalnya   terbongkar (gambar kanan). Ariel masih dalam tahanan polis.
CUT Tari sebelum skandalnya terbongkar (gambar kanan). Ariel masih dalam tahanan polis.
CUT Tari bersama, suami Johannes ketika keluar dari ibu pejabat polis baru-baru ini.
CUT Tari bersama, suami Johannes ketika keluar dari ibu pejabat polis baru-baru ini.
Kejayaan dalam hidupnya dicapai sejak dia masih di bangku sekolah lagi apabila muncul johan dalam Tilawah Al-Quran.

Tetapi selepas kes video lucahnya dengan penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel terbongkar, nasib selebriti berdarah Aceh itu merudum dan terumbang ambing.

Beberapa syarikat yang menggunakan dia dalam iklan mereka tidak lagi berminat menggunakan Cut. Ada juga syarikat yang mengambil langkah membatalkan kontraknya.

Dan kerana terpaksa menanggung malu, dia kini jarang dilihat di khalayak ramai. Menurut laporan, dia berdepan dengan tekanan dan kini semakin kurus dan lemah.

Bukan setakat Cut Tari yang tertekan malah keluarganya juga stres,” kata peguamnya, Hotman paris Huitapea, tidak lama dulu.Untuk memburukkan lagi kehidupannya, kes video seksnya hingga saat ini masih tidak diketahui bila akan berakhir kerana pihak pendakwa raya masih belum bersedia untuk memulakan perbicaraan.


Alasannya, polis masih belum menemui bukti penting, khususnya lokasi rakaman video itu.

Isteri Johannes Joesef Subrata itu, menerusi laman Twitternya berkata, dia cuba mengambil sikap terbuka dan berusaha belajar dari kesalahan yang kini membuatnya hidupnya redup “ditelan bumi”.

“Cuba untuk menghadapi segala-galanya dengan menerima sesuatu yang nyata dengan proses yang berjalan tanpa air mata lagi,” katanya dalam laman itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, ada pula laporan mengatakan, kes itu yang turut membabitkan kekasih Ariel ketika ini, Luna Maya, akan digugurkan.

Peguam Ariel, Aga Khan berkata, polis menemui jalan buntu untuk membuktikan tempat penggambaran video yang memeranjatkan seluruh negara itu.

Ariel dan Luna hingga kini masih belum mengakui mereka adalah pasangan dalam satu daripada video itu.

Cut Tari pula, sudah mengaku terlibat tetapi mendakwa terlupa tempat penggambaran itu apabila disoal oleh polis.

“Jika diambil kira tempoh tahanan Ariel, dia pasti bebas dan kesnya akan dihentikan. Hingga saat ini pihak penyiasat masih belum berjaya mengemukakan kertas siasatan mereka kepada pendakwa raya,” kata Aga.

Ariel sebelum ini sudah ditahan selama 90 hari dan pihak penyiasat baru-baru ini berjaya memohon kepada pihak kehakiman untuk melanjutkan tempoh penahanan itu selama 60 hari lagi.

Peguam Cut Tari, Hotman Paris juga bersependapat kes itu mungkin digugurkan walaupun secara logik dan berdasarkan pengakuan selebriti itu sendiri bahawa wanita yang berada dalam video itu adalah dia.

“Cut berkemungkinan bebas daripada tuduhan yang dihadapinya,” kata peguam itu.
Cut bagaimanapun boleh didakwa atas tuduhan berzina tetapi itu hanya akan berlaku jika suaminya membuat laporan mengenai kes itu.

Tetapi hingga saat ini, tidak ada tanda-tanda Johannes akan berbuat demikian.
Sementara itu, Cut dikabarkan masih marah dan berdendam dengan Ariel kerana tidak mahu mengakui perbuatan mereka mengadakan seks.

Artis itu yuang dietemui di Ibu Pejabat Polis Jakarta beberapa minggu lalu berang apabila diajukan soalan mengenai keadaan Ariel yang hingga saat ini masih dalam tahanan.

Walaupun masih boleh melemparkan senyuman, tetapi pada matanya, dapat dilihat perasaan marahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: