Wednesday, October 20, 2010

Mangsa langgar lari terlantar

RAWAT...Syaril Amirul dirawat   di ICU HTAR selepas patah tulang rusuk dan tulang belakang.
RAWAT...Syaril Amirul dirawat di ICU HTAR selepas patah tulang rusuk dan tulang belakang.

KLANG: “Sudah 10 hari anak saya berada di sini. Harap dia cepat sembuh,” kata Rosidah Yaakub, 37, ibu kepada Muhammad Syaril Amirul Che Hamid, 17, yang menjadi mangsa langgar lari, kira-kira satu kilometer dari Tol Bukit Raja, 10 Oktober lalu.

Mangsa menunggang motosikal Honda EX5 hitam bersama rakan kritikal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini selepas cedera dalaman yang teruk, termasuk patah tulang rusuk dan tulang belakang. Bagaimanapun rakannya cedera ringan.Dalam kemalangan jam 12.50 tengah hari, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Selayang Baru, Batu Caves, itu menunggang motosikal bersama rakan sekolahnya ke Telok Gong untuk menghadiri majlis perkahwinan ibu saudara rakan sebelum dilanggar Proton Waja berwarna kuning.Rosidah berkata, anak sulungnya daripada empat beradik dijangka menjalani rawatan susulan, pembedahan tulang belakang membabitkan kos RM10,000.

“Saya harap orang ramai yang melihat kemalangan itu tampil membantu bagi membela nasib anak saya.

“SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) cuma beberapa hari lagi, tapi keadaannya macam ini,” katanya.

Menceritakan kejadian yang berlaku, Rosidah sejurus kejadian dia dihubungi oleh seorang saksi jam 1.15 petang memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

“Tetapi dia (pemanggil) tak sempat mencatat nombor plat kenderaan itu kerana panik dan kejadian berlaku pantas.

“Selepas kemalangan, anak saya tidak sedarkan diri sebelum dia dikejarkan ke HTAR,” katanya.

Dia turut membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 13 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: