Tuesday, October 5, 2010

Korea Selatan juara permainan video dunia


SEORANG lelaki menyaksikan skrin yang memaparkan perlawanan sengit antara peserta Korea Selatan, Young-Ho Lee dan Patrick Moeller dari Jerman di Pusat Konvensyen Los Angeles di sini pada Khamis lalu.


LOS ANGELES - Korea Selatan mengekalkan gelaran juara untuk kali ketiga berturut-turut pertandingan permainan video Olimpik dunia kelmarin.

Empat pingat emas diberikan kepada peserta dari Korea Selatan pada pertandingan selama empat hari di Pusat Konvensyen Los Angeles di sini.

Lebih 400 peserta dari 58 buah negara menyertai pertandingan kali ke-10 itu.

Delegasi Korea Selatan sebelum ini menguasai pertandingan akhir di Chengdu, China dan Cologne, Jerman.

Pada tahun ini, peserta Korea Selatan yang memenangi pingat emas ialah Young-Ho 'Flash' Lee bagi kategori permainan StarCraft dan Jae-Min "Knee" Bae memenangi permainan Tekken 6.

Peserta negara itu yang turut menang pingat emas ialah Sung-Sik 'ReMinD' Kim untuk permainan Warcraft III.

Tiga lagi lelaki yang menganggotai kumpulan Sanarae dari Korea Selatan yang menang permainan Lost Saga ialah Young-Ho Jeon, Hyun-Sub Kim dan Tae-Kyung.

Pemain-pemain dari Amerika Syarikat (AS) mengekori Korea Selatan dengan memenangi tiga pingat emas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: