Monday, October 11, 2010

Kilang F&N Dairies terbesar di rantau ini


DARI kiri, Lee, Syed Badarudin dan Jui Sia pada majlis pelancaran kerja-kerja pembangunan kilang terbaru di Pulau Indah semalam.


KUALA LUMPUR - Bersempena dengan tarikh unik (10.10.10) semalam, F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. (F&N Dairies) turut tidak ketinggalan untuk mencatat sejarah apabila melancarkan kerja-kerja pembangunan kilang terbarunya di Pulau Indah di Selangor.

Kilang terbaru yang bernilai RM350 juta yang ditempatkan dalam kawasan Hub Halal Negeri Selangor itu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang separuh kedua tahun 2011 bakal menjadikan ia sebagai pengeluar susu dalam tin terbesar di rantau ini.

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Tenusu F&N Dairies, Tony Lee berkata, kilang terbaru itu mampu menghasilkan kira-kira 14 juta karton susu isian sejat dan susu pekat setahun.

"Kilang terbaru di Pulau Indah membolehkan syarikat untuk menghasilkan dan membekalkan portfolio produk tenusu secara lebih meluas termasuk pengeluaran produk-produk baru.

"Ia juga akan menampung jangkaan peningkatan permintaan barangan tenusu F&N Dairies untuk beberapa tahun yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: