Monday, October 11, 2010

Harley Davidson tepati cita rasa muda


MODEL Naza Prestige bersama motosikal terbaru Harley Davidson di Petaling Jaya baru-baru ini.


PETALING JAYA - Imej penunggang motosikal Harley Davidson yang sering dikaitkan dengan golongan veteran kini boleh dikatakan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Hakikat ini turut diakui oleh Presiden Harley Owners Group Malaysia (HOG Malaysia), Choo Kai Mun dengan menyatakan terdapat kecenderungan pengenalan model untuk generasi muda.

"Apa yang dilihat sekarang ialah terdapat pelbagai model motosikal Harley Davidson yang dilancarkan menjurus dan menepati cita rasa golongan muda," katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran model terbaru motosikal berkuasa tinggi itu di Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. (Naza Bikes) di sini baru-baru ini.

Secara amnya, beliau berpendapat, kecenderungan seseorang untuk memiliki motosikal Harley Davidson di negara ini tidak berpaksi kepada mereka yang berpendapatan tinggi tetapi ia lebih tertumpu kepada mereka yang mempunyai minat pada jentera tersebut.

Kai Mun berkata, secara kasarnya terdapat kira-kira 1,500 pemilik motosikal Harley Davidson di negara ini namun jumlah sebenar motosikal berkuasa tinggi itu tidak dapat dipastikan bilangannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: