IPOH – Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sulung bertukar pilu selepas bayi perempuan yang dilahirkan sihat pada 25 September lalu, didakwa ‘menderita’ akibat kecuaian dua buah hospital.
Bapa bayi terbabit, Sahmani Dolmat, 29, mendakwa sehari selepas isterinya, Nur Aisyah Ahmad Syukri, 21, melahirkan Putri Nursofea Humaira, kepala bayi itu ditimpa serpihan kecil siling di wad bersalin Hospital Batu Gajah yang tiba-tiba jatuh.
“Kejadian itu saya maklumkan kepada ketua jururawat namun tanpa pemeriksaan teliti dia memberitahu anak saya tidak mengalami apa-apa masalah,” katanya di sini semalam.
Sahmani mendakwa, sehingga isteri dan anaknya keluar dari hospital itu tiada rawatan diberikan kepada bayi tersebut.
Menurutnya, kepala bayi itu semakin membengkak selepas majlis mencukur jambul baru-baru ini dan dia telah membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan susulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: