Sunday, October 3, 2010

Katrina vs Deepika


KATRINA


KEDUA-DUA bintang Bollywood ini khabarnya sedang bermusuhan kerana berebutkan sesuatu. Deepika Padukone dan Katrina Kaif kini berlumba-lumba untuk mendapatkan watak heroin di samping Akshay Kumar dalam filem Joker.

Filem tersebut merupakan usaha sama antara produksi milik Akshay dan Farah Khan.

Menurut sumber, kedua-dua mereka yakin mendapat watak tersebut dan sudah mengumumkan pembabitan mereka dalam filem tersebut walaupun siapa sebenarnya yang terpilih belum diumumkan pihak produksi.

Katrina sempat berbincang bersama Akshay tentang wataknya sebagai pelakon pendampingnya manakala Deepika pula menyatakan dia ialah calon terbaik untuk skrip Joker.

Keadaan itu membuatkan Akshay berada dalam dilema. Lebih menyulitkan keadaan, kedua-dua bintang cantik tersebut mempunyai hubungan rapat dengan Akshay dan pelakon kacak tersebut tidak mahu melukakan hati sesiapa.

Penerbit filem tersebut, Shirish Kunder memilih untuk tidak terlibat dengan konflik tersebut dan memberitahu mereka masih mencari heroin untuk filem tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: