Wednesday, October 13, 2010

Katalog IKEA edisi ke-60


MIKE KING menunjukkan katalog IKEA yang terbaru untuk tahun 2011 yang menawarkan harga yang lebih murah.


PAKAR kelengkapan rumah, IKEA yang terkenal dengan pembuatan produk berkualiti tinggi melancarkan katalog 2011 di IKEA, Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Katalog terbaru keluaran IKEA tersebut mencatat sejarah tersendiri kerana ia merupakan katalog edisi ke-60 sejak pertama kali diperkenalkan kepada umum oleh pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, sejak tahun 1951.

Pengenalan katalog sembilan muka surat itu merupakan satu langkah yang dilihat oleh Ingvar Kamprad sebagai peluang untuk menjual perabot kepada orang ramai melalui skala yang lebih besar.

Sehingga kini, penggunaan katalog masih diteruskan oleh pihak pengurusan IKEA agar informasi dan harga produk mudah diperoleh pelanggan-pelanggan mereka.

Pengurus Stor IKEA Damansara, Mike King berkata, katalog IKEA telah menjadi salah satu medium komunikasi untuk memperkenalkan idea dan pelbagai produk keluaran IKEA kepada pelanggan-pelanggan.

"Katalog IKEA merupakan terbitan komersial terbanyak yang diedarkan di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta katalog diedarkan kepada isi rumah di seluruh dunia malah ia dibaca hampir 40 juta penduduk di 41 negara.


IKEA turut menggunakan pendekatan baru pada reka bentuk, warna dan bahan yang digunakan.


"Pada tahun ini, IKEA Malaysia telah mengedarkan sebanyak 800,000 katalog 2011 di Lembah Klang sahaja. Ia diedarkan sejak 4 Oktober lalu," katanya selepas melancarkan katalog 2011 di IKEA, Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Mike King menambah, produk terbaru IKEA tidak hanya mempunyai pelbagai pilihan perabot tetapi pendekatan baru reka bentuk, warna dan bahan yang digunakan dalam pembuatan produk berkenaan.

Kebanyakan produk yang terdapat dalam katalog 2011 adalah lebih murah berbanding tahun lalu. Semua produk dan harga yang terdapat dalam katalog 2011 tersebut sah sehingga 31 Julai 2011.

"Dalam pada itu, pelanggan-pelanggan IKEA juga boleh mengitar semula katalog lama mereka dengan mengunjungi IKEA Mutiara Damansara," ujarnya. Selain itu, buat pertama kali pemilik telefon pintar Apple iPhone boleh memuat turun katalog 2011 melalui aplikasi stor Apple secara percuma manakala pelanggan-pelanggan lain boleh melayari laman web www.IKEA.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai katalog 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: