Tuesday, October 12, 2010

Gandingan Norman (KRU) & Adnan Abu Hassan Gamatkan Konsert Reunion AF8

Selepas enam bulan, 12 bintang AF8 bertemu semula di Stadium Putra Bukit Jalil.

PADUAN suara di antara bekas pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Norman Abdul Halim atau mesra dengan panggilan Cikgu Norman dan guru vokal persembahan, Adnan Abu Hassan membuatkan pentas Konsert Reunion AF8 gamat dan riuh rendah.

Norman ketika menyanyikan lagu Awas yang dipopularkan oleh kumpulan KRU.

Dalam konsert yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu, dua figura ini menyanyikan lagu Awas yang dipopularkan oleh kumpulan KRU. Selain itu, salah seorang pelajar AF8, Daus turut memainkan peranan sebagai penyanyi utama lagu tersebut.

Selain itu, guru tari Linda Jasmine turut membuat kejutan dengan menari tarian Hindi menerusi lagu Koi Mil Gaya yang dipopularkan oleh Filem Kuch Kuch Hota Hai.

Mawi berduet dengan Shahir menerusi medley Madah Berhelah dan Tragedi Oktober.

Kelainan yang ditonjolkan pada “reunion” tahun ini juga diserlahkan dengan pemilihan lagu-lagu runut bunyi filem popular seperti lagu Jai Ho (Slumdog Millionaire), Jika Kau Tiada (Kuliah Cinta), Sandarkan Pada Kenangan (Azura), Menggegar Dunia (My Spy), Mamma Mia (Mamma Mia), Pergi (Talentime) dan Bila Cinta (Lagenda Budak Setan).

Bagi menambahkan daya tarikan kepada lebih 1,000 penonton yang hadir, Astro turut membawa bekas pelajar AF yang lain iaitu Hafiz, Stacy, Mawi dan Aizat.

Hafiz berduet dengan Iwan menerusi lagu Ku Bukan Untukmu, Stacy (Jahat), Mawi berduet dengan Shahir (medley Madah Berhelah dan Tragedi Oktober) manakala Aizat berduet dengan enam bekas pelajar lelaki AF8 dengan lagu (Pergi)

Linda Jasmine (kanan) menari tarian hindi menerusi lagu Koi Mil Gaya yang dinyanyikan oleh Ain dan Maulana.

Tidak kurang hebat juga apabila kesemua 12 bintang AF8 yang saling menunjukkan bakat masing-masing menerusi persembahan lakonan, nyanyian dan tarian.

Menurut pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, semua bintang AF8 telah memberikan persembahan yang terbaik dan jika ada kekurangan pun, boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang.

Konsert yang dirakamkan selama dua jam itu dihoskan oleh Sarimah Ibrahim bersama-sama Ray & Haniff (ERA) dan juara AF8, Shahir. Ia akan disiarkan pada 6 November ini menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: