
Naib presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jika insiden 12 Oktober lepas di Stadium Shah Alam berulang, pihaknya mungkin juga mengambil tindakan seperti memotong tiga mata bagi setiap pasukan..
“Kita (FAM) juga boleh mengambil tindakan denda maksimum sehingga RM100,000,” katanya.
Hamidin berkata, FAM juga akan mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua pasukan pada hari berkenaan bagi membincangkan jumlah kos kerugian yang perlu ditanggung oleh kedua-dua pasukan itu berikutan kerosakan Stadium Shah Alam itu.
Insiden berlaku selepas Selangor sebagai tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan.
Walau bagaimanapun iaberjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Hamidin berkata, pada mesyuarat kelmarin yang dipengerusikan oleh Naib Presiden 1 Bola sepak Negeri Pahang, Datuk Dr Omar Othman, jawatankuasa itu bersetuju mengubah jadual perlawanan Liga Malaysia pada musim hadapan.
“Kita telah bersetuju Liga Super pada musim hadapan akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat, Liga Perdana akan diadakan pada hari Rabu dan Ahad, manakala perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia pula pada Isnin dan Jumaat,” katanya.
Beliau berkata, Piala FAM pula akan diadakan pada Ahad dan Piala Presiden pada Sabtu.
Hamidin berkata, perubahan jadual perlawanan dilakukan atas beberapa faktor termasuk mengambil kira jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), kos kewangan dan lain-lain.
“Pasukan dan kelab yang bertanding dalam Liga-M diberi peluang memilih sama ada ingin bermain pada waktu petang atau malam tetapi tidak dibenarkan :menukar jadual perlawanan sewenang-we- nangnya.
“Pilihan waktu ialah 4.15 petang untuk Sabah dan Sarawak, 5 petang untuk Semenanjung manakala 8 malam untuk Sabah dan Sarawak dan 8.45 malam untuk Semenanjung,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: