Thursday, October 14, 2010

Dia bukan anak Sultan Brunei



Sejak kemunculannya dalam arena seni, nama Lana Nordin sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Paling sensasi apabila dirinya dilabelkan sebagai Pamela Anderson Malaysia. Sejak itu timbul pelbagai spekulasi yang kurang senang menerjah dirinya seperti ada yang tidak suka dengan kehadirannya.

Namun, bagi Lana Nordin atau lebih mesra dengan panggilan Lana, segala kontroversi itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadap dirinya kerana bagi anak kelahiran Sarawak itu, apa yang penting dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.

Terkini, gambar Lana bersama seorang lelaki yang dikatakan anak kepada Sultan Brunei, tersebar luas di internet dan menjadi perbualan hangat masyarakat.

Lana ketika dihubungi Sinar Harian semalam agak terkejut dengan penyebaran gambar tersebut. Lana turut menafikan lelaki di dalam gambar tersebut adalah anak kepada Sultan Brunei seperti yang dihebahkan.

“Saya akui gambar itu memang gambar saya. Tetapi lelaki tersebut bukanlah anak Sultan Brunei seperti dakwaan beberapa pihak. Saya tak tahu bagaimana gambar kami boleh tersebar di internet.

“Lelaki itu adalah rakan bisnes saya. Semasa gambar itu di ambil, bukan kami berdua sahaja, tetapi ada ramai lagi kawan-kawan lain dan saya agak terkejut apabila ada dakwaan mengatakan dia adalah anak raja.

“Harap-harap dengan kenyataan ini, tidak akan ada lagi timbul salah faham mengenai gambar dan status dirinya,” katanya.

Melalui gambar yang tersebar, kelihatan Lana amat mesra dengan lelaki tersebut dan boleh dikatakan mereka berdua seperti pasangan bercinta.

“Kami tidak bercinta. Kami hanya kawan biasa dan paling tepat dia adalah rakan bisnes saya. Kalau boleh saya tidak mahu bercerita mengenainya kerana saya perlu hormat privasinya. Sudah hampir setahun kami berkenalan dan kami lebih tertumpu kepada perniagaan kami.

“Persahabatan kami adalah di atas tiket bisnes. Setakat ini, kami senang bekerjasama kerana kami memahami antara satu sama lain.

“Insya-Allah kami akan terus bekerjasama untuk projek-projek lain pula selepas ini. Saya memang senang dengannya,” kata pelakon filem Gentayangan ini.

Menurutnya lagi, buat masa ini, dia tidak mahu memikirkan soal kahwin kerana mahu menumpukan perhatian kepada bisnesnya.

“Soal jodoh ni saya serahkan kepada Yang Maha Esa. Sampai serunya saya akan berkahwin. Cuma dengan siapa sahaja belum diketahui lagi.

“ Tapi apa-apa pun saya serahkan kepada takdir,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: