TANAH liat sering digunakan dalam pembuatan pasu dan seramik, namun kini penggunaan bahan mentah itu digunakan secara meluas untuk membuat pelbagai alat perhiasan.
PELBAGAI...bermacam jenis penggantung pintu untuk bilik berbeza.
Dia yang sememangnya meminati seni halus sejak kecil mereka sendiri bentuk barangan itu dan hasilnya sungguh teliti.
Katanya, dia menggunakan tanah liat berkualiti tinggi bagi menghasilkan barang hiasan yang tahan lama.
Harganya pula bergantung pada jenis bahan digunakan, saiz dan juga kadar kerumitan bahan itu dihasilkan.
Secara puratanya, ia dijual dengan harga sekitar RM3.50 hingga RM3,000. Kebiasaannya, barang yang mempunyai saiz kecil lebih rumit pembuatannya.
Lebih menarik, dia juga mengadakan kelas bagi mereka yang berminat mempelajari teknik pembuatan perhiasan itu.
Mereka yang ingin mendapatkan barangan perhiasan diperbuat daripada tanah liat boleh mengunjungi D Clay Creations, lot S328E, Second Floor, One Utama Shopping Centre atau melayari laman web www.dclay1u.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: