Sunday, October 17, 2010

Cheryl benci tapi rindu

LONDON: Sambil teresak-esak menahan sedu, juri program televisyen realiti Britain, Cheryl Cole, mengaku masih menyayangi suaminya, Ashley Cole, walaupun bintang bola sepak Chelsea dan England itu terbukti curang.

IMEJ BARU...Cheryl muncul dengan rambut merah untuk ditemubual, semalam.
IMEJ BARU...Cheryl muncul dengan rambut merah untuk ditemubual, semalam.
COLE...langgan pelacur.
COLE...langgan pelacur.

Walaupun begitu, Cheryl mengakui dia sentiasa mencintai bekas suaminya dan hingga kini masih gagal menjelaskan mengapa rumah tangga mereka selama tiga setengah tahun boleh berantakan.


“Kerana itu saya masih saling berhubung dengan Cole walaupun ketika dalam krisis,” katanya.


Pendedahan semalam adalah yang pertama dibuat Cheryl, 27, secara terbuka sejak kecurangan Cole didedahkan media baru-baru ini.


Perkahwinan Cheryl - Cole berakhir secara rasmi pada 3 September lalu.

Dalam temubual itu, Cheryl berkata, dia masih yakin Cole adalah seorang lelaki baik walaupun pelbagai kelakuan buruknya didedahkan media.


Kata Cheryl, dia berharap dapat kembali menjalin hubungan dengan Cole - tetapi terhad sebagai seorang rakan - selepas kemelut yang melanda reda.


“Mengimbau kembali detik kami bersama, saya rasa amat sedih. Perkahwinan dan rumah tangga kami amat hebat tetapi entah di mana silapnya.


“Hingga hari ini saya masih tercari-cari jawapannya,” katanya.


Sementara itu, Cheryl enggan mengesahkan bahawa penari, Derek Hough, adalah lelaki terbaru yang berjaya mencuri hatinya.


Mengelak untuk terjebak dalam soalan Morgan, Cheryl berkata, dia tidak mahu mengesah atau menafikan sesuatu dalam sesi temubual itu.


“Anda boleh memilih untuk menganggap dia teman lelaki atau sekadar kawan biasa,” katanya. Sementara itu, Cheryl mengakui dia menulis wasiat sebaik saja mendapat tahu dia menghidap malaria yang boleh mengancam nyawanya.

“Menurut doktor, saya mungkin mempunyai tempoh 24 jam untuk hidup jika penyakit itu gagal dirawat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: