Friday, October 1, 2010

Berpesta dengan Zee Nite di PWTC

Selepas kejayaan yang memberangsangkan di Singapura (2006), Hong Kong (2008) dan Bangkok (2009), 'Zee Nite' buat julung kalinya akan berlabuh di Kuala Lumpur. Suatu acara yang mesti dihadiri dan suatu malam yang menjanjikan acara yang paling gilang gemilang.

‘ Zee Nite Bollywood 2010 Malaysia’ akan muncul pada 2 Oktober bertempat di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, menjanjikan suatu acara yang tidak akan dilupakan oleh penonton dengan pesta tarian dan muzikal Bollywood selama tiga jam bermula dari jam 7.30 hingga 10.30 malam!

Berhiburlah dengan nyanyian Rohanpreet (Naib Juara Sa Re Ga Ma Pa Lil Champ 2009), pelbagai rangkaian lagu merdu Bollywood, disusuli oleh Harpreet Deol (Finalis untuk Cabaran Sa Re Ga Ma Pa Challenge 2007) dengan dendangan lagu-lagu popular Punjabi, diikuti persembahan nyanyian Pop daripada suara buluh perindu, Sumedha (peserta akhir Cabaran Sa Re Ga Ma Pa Challenge 2007).

Turut memeriahkan pesta, persembahan tarian daripada bintang-bintang 'Dance India Dance' dan 'Pavitra Rishta' iatu Shakti , Jai Kumar Nair Swarupraj Medara, Manav dan Archana.

Acara yang dihoskan Soumya dan Aanantha itu turut diserikan dengan kemunculan istimewa Datuk D.J Dave yang akan menyampaikan lagu popular beliau, 'Ingin Bersua'.

Bagi yang ingin menyertai kegemilangan Zee Nite, tiket boleh didapati dengan harga RM68 ke atas. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.zeetelevisionasia.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: