Sunday, October 24, 2010

Aksesori permata semakin popular


Bentuk riben antara yang popular di pasaran.


Gemerlapan Swarovski ternyata mempunyai kelas tersendiri. Popular, elegan dan terkini tidak ketinggalan zaman bersatu dengan emosi pemiliknya.

Aksesori kristal dan permata begitu popular pada masa kini. Banyak wanita memiliki gelang tangan, loket dan anting-anting yang diperbuat daripada kristal. Warna perhiasan yang pelbagai membuatkan ia begitu diminati. Kilauan batu permata tidak jemu dipandang.

Mereka yang kurang menyukai perhiasan diri daripada emas boleh memilih kristal dan permata kerana warna-warnanya boleh disesuaikan dengan warna pakaian.

Bukan sahaja sesuai digayakan setiap hari, aksesori itu sememangnya menarik dan cantik dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan, makan malam atau majlis formal.

Sempena musim cuti hujung tahun ini, koleksi Merry menjadi pilihan peminat batu permata Swarovski. Semangat serta kilauannya diserlahkan menerusi koleksi rantai dan anting-anting. Dekorasi kristal terbaru itu juga berbeza dengan sentuhan yang memenuhi suasana festival. Mengambil ilham koleksi Krismas 1991, ia tampil dengan bentuk yang ringkas.

Bertemakan sambutan Krismas, koleksi terbaru Swarovski mengangkat keindahan dan kilauan batu permata tersebut.

Karakter dan mistik menjadi satu kemestian dalam rekaan batu permata itu. Sesuatu yang unik kerana bentuknya tidak lazim seperti perhiasan lain.

Kombinasi pelbagai geometri dan rupa menjadi keistimewaan koleksi Swarovski.

Geometri yang memikat dapat dilihat pada koleksi eksklusif dan terhad, Chrismas Ornament. Inspirasi salji dan pokok Krismas turut menjadi transformasi permata dunia. Koleksi ini boleh didapati dalam bentuk rantai dan anting-anting.

Bagi mereka yang berminat dengan flora, hiasan berbentuk pokok antara pilihan yang sesuai.

Direka dengan simbolik permata yang berkilau, ia mengetengahkan ciri feminin yang elegan.

Koleksi terbaru ini direka menggunakan permata putih. Selain itu, gabungan emas putih dan berlian dicipta eksklusif untuk wanita moden.

Secara keseluruhannya, koleksi Swarovski yang telah wujud sejak 1895 berada di kelas tertinggi dan lambang kemewahan aksesori permata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: