Wednesday, October 13, 2010

Agnes Monica pengacara Anugerah Muzik Amerika


AGNES MONICA


JAKARTA – Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica yang popular dengan lagu Matahari menyatakan, dia menjadi pengacara untuk acara karpet merah Anugerah Muzik Amerika (AMA) di Los Angeles pada 21 November depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi itu menyampaikan berita gembira itu di laman Twitternya semalam.

“Rakan-rakan, saya akan menjadi salah seorang hos antarabangsa karpet merah pada siaran langsung AMA,” katanya di laman Twitter.

Danny Gokey merupakan finalis program realiti televisyen American Idol musim ke-8.

Finalis itu turut mengesahkan berita tersebut juga menerusi Twitter.

Agnes kini berada di Los Angeles dan sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang media mengenai AMA.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: