Friday, October 15, 2010

6 termasuk suami isteri rentung


Keadaan kereta Honda City yang terbakar dan mengakibatkan enam orang terbunuh di Jalan Ipoh-Kampar dekat Kuala Dipang semalam.


KAMPAR – Enam sahabat termasuk sepasang suami isteri maut apabila kereta Honda City yang dinaiki mereka merempuh dua batang pokok dan terbakar di Kilometer 30.1, Jalan Ipoh-Kampar dekat Kuala Dipang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki, Lim Kar Wai, 20, gagal dikawal sebelum ia terbabas masuk ke lorong bersebelahan dan melanggar pokok.

Semasa kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke Ipoh untuk bertemu kenalan mereka di bandar raya berkenaan.

“Mulanya kereta itu merempuh sebatang pokok sebelum mengenai sebatang lagi pokok kira-kira empat meter dari pokok pertama.

“Akibat rempuhan itu, kereta dinaiki kesemua mangsa itu remuk sebelum terbakar,” kata Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Menurut beliau, Kar Wai dan empat penumpang lain iaitu Yap Heng Loong, 21, Soo Poi Wan, 18, Wong Chee Keong, 23, dan Tang Wai Leong, 18, mati rentung di tempat kejadian.

Seorang lagi penumpang yang juga isteri kepada Chee Keong, Foong Siew Ling, 20-an, meninggal dunia di Hospital Kampar pada pukul 4.50 pagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: