Monday, September 27, 2010

YB Maran taja seminar pendidikan


Ismail Abd. Muttalib (bersongkok) menyerahkan replika cek penajaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Malaysia kepada Fauzi Hamdan di Maran, Pahang, baru-baru ini.


Program Pendidikan Sepanjang Hayat Management and Science University (MSU)-Utusan Malaysia menerima tajaan sebanyak RM10,000 daripada Ahli Par- limen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib di Pahang, baru-baru ini.

Siri keempat program ini akan diadakan pada 2 Oktober 2010 di Dewan Jubli Perak, Maran, Pahang.

Sebelum ini, program serupa telah diadakan di Sungai Burong, Selangor; Pasir Gudang, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan.

Seramai 400 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari daerah itu akan dibimbing dan dilengkapi dengan teknik terbaik menjawab soalan semasa program berkenaan.

Ibu bapa, guru dan pelajar serta orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat kemasukan ke institusi pengajian tinggi, pemeriksaan kesihatan percuma dan gerai pameran.

Lepasan SPM dipelawa untuk menghadiri sesi temu duga biasiswa MSU-Utusan Malaysia yang bernilai RM1 juta keseluruhannya. Ia khusus untuk pelajar kurang berkemampuan tetapi berpotensi atau cemerlang keputusan akademiknya.

Maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Eksekutif Pendidikan Utusan Malaysia, Fauzi Hamdan di talian 019-5716282 atau rujuk laman sesawang www.adap.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: