|
|
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
"Baginda telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media untuk mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya kepada pemberita di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: