![]() |
| KERATAN muka depan Kosmo! 29 Mei 2009. |
Tempat sebuah kompleks beli-belah, Jaya Supermarket di Seksyen 14 setahun lalu sehingga meragut tujuh nyawa telah mengheret dua syarikat pembinaan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dakwaan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja yang terbabit.
Dua syarikat berkenaan, Syarikat Pembinaan C.W Yap Sdn. Bhd. dan Lian Hup Earth Work & Construction Sdn. Bhd. yang diwakili pengarah masing-masing, Yap Choon Wai dan Jason Hee Kok Heng (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.
Syarikat C.W Yap berhadapan dengan dakwaan mengikut Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kerana sebagai majikan telah gagal menjalankan pengusahaannya dengan memastikan, bahawa orang lain, iaitu empat pekerja dan tiga orang awam tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan.
Sementara itu, syarikat Lian Hup turut mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 15(1) akta sama atas dakwaan gagal mematuhi sistem kerja selamat bagi semua pekerjanya termasuk seorang warga Indonesia, Anwarudin untuk kerja-kerja perobohan bangunan pada masa, hari dan di tempat yang sama.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: