
PERANG dingin yang tercetus antara Jennifer Aniston dan Angelina Jolie kini berakhir. Secara tiba-tiba, pelakon berbadan cantik, Angelina mengirimkan sepucuk surat kepada bekas isteri Brad Pitt itu dan menyatakan hasrat untuk bersahabat sekali gus menamatkan permusuhan mereka.
Angelina dikatakan tidak mahu mempunyai sebarang unsur negatif dalam hidupnya dan membenci permusuhan yang terjadi dengan Jennifer.
"Ia memerlukan waktu yang lama dan sulit bagi Angelina mengumpul keberanian dalam dirinya. Namun, dia mempunyai niat baik dan benar-benar ingin menamatkan permusuhan tersebut.
"Walaupun dianggap sebagai satu keputusan yang gila tetapi buat orang yang mengenali Angelina, pasti tidak terkejut.
"Karakternya memang sukar diramal dan dia telah mengajak Jennifer untuk berdamai," ujar satu sumber Angelina Jolie.
Dalam surat tersebut, Angelina juga menulis bahawa Jennifer akan menjadi seorang ibu yang luar biasa. Pada usia sekarang, Jennifer sudah sesuai untuk mempunyai anak sendiri, katanya.
Brad Pitt dikatakan sangat menyokong tindakan Angelina malah bangga dengan keputusan tersebut.
Dikhabarkan ketika Jennifer membaca surat tersebut, dia antara percaya dan tidak. Malah, awalnya dia mengagak bahawa surat itu pasti berisi ancaman.
"Namun, Jennifer sedar bahawa surat itu asli dan tulus. Dia yang pada mulanya terkejut dan berprasangka buruk menjadi sangat terkesan dengan sikap Angelina.
"Bersikap dewasa, seharusnya Jennifer sedar betapa bersungguh-sungguhnya Angelina untuk berdamai," tutur sumber itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: