KOMBINASI warna hitam dan putih sememangnya jarang digunakan sebagai gubahan tapi kini ia makin banyak dikomersilkan.
Gubahan bunga tangan ringkas dan menarik.
Menurut pemilik Fiq Beauty Centre, Farah Abdullah, penyesuaian penggunaan warna untuk setiap gubahan juga penting agar sentiasa nampak menarik walaupun apa yang dihasilkan amat ringkas dan mudah.
Katanya, kreativiti untuk menyesuai padan kombinasi warna dan bentuk bunga yang digunakan amat penting.
"Jangan ambil mudah perkara ini kerana jika menggunakan padanan yang salah, produk yang dihasilkan akan kurang menyerlah.
"Oleh itu, pemerhatian mengenai gubahan terkini perlu dilakukan bagi menambahkan lebih banyak idea untuk menghasilkan rekaan tersendiri," katanya.
Baginya, minat untuk menggubah serta kesungguhan dalam melakukan pembetulan setiap kali gagal membantunya menjadi lebih kreatif.
"Jangan takut untuk mencuba tapi pastikan apa yang dilakukan sepadan dengan bakat yang ada dan jangan melampaui batas.
"Ini bagi mengelakkan daripada perasaan kecewa apabila gubahan dihasilkan tidak menepati keinginan kerana ia mungkin boleh mengurangkan minat dan usaha untuk terus menghasilkan yang terbaik," katanya.
Di samping itu, ikuti langkah mudah menyediakan gubahan bunga tangan yang dikendalikan Farah.
Sebelum memulakan gubahan, sediakan bahannya terlebih dulu iaitu bunga plastik putih, bunga plastik hitam, bunga hiasan, playar untuk memotong dawai, pemegang bunga berbentuk mikrofon dan reben.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: