Monday, September 27, 2010

Redza merawat tubuh dengan FIR




DULU badannya cepat letih dan sering mengantuk. Lebih memburukkan keadaan apabila berat badannya tidak menentu. Sebagai jurulatih gim dan peribadi, tentunya Redza Al Shyahaab, 38 berasa risau. Lebih-lebih lagi, dia perlu menjadi contoh kepada atlet dan individu yang dilatihnya.

Justeru itu, dia amat serius perihal penjagaan kesihatan ini. Mungkin bagi rakan-rakannya, dia seorang lelaki yang sihat tubuh badan. Namun, masalah berat badan dan toksin sama penting seperti anda melakukan rawatan wajah.

Dalam kesibukan mengejar tugas harian di pusat gim, Redza diperkenalkan Terapi Sinar Infra Merah Jauh (FIR) Zazen.

Seperti atlet lain, Redza perlu melalui tahap persediaan.

“Atlet biasanya kurang menjalani latihan ketika off season atau ‘masa rehat’. Tambahan pula, tabiat pemakanan buruk menyebabkan berat badan naik sekali gus menyebabkan tahap stamina dan kecergasan menurun,” katanya.

Masalah inilah yang pernah dialaminya satu ketika dulu. Keadaan ini menjadikannya kurang bertenaga dan cepat letih.

Dengan bantuan terapi FIR Zazen, ia membakar 600 sehingga 900 kalori setiap 30 minit sesi.

Bahkan terapi ini membantu mengekalkan berat badan ideal.

Menyedari pentingnya kesihatan jantung, Redza juga mengambil alternatif untuk memastikan jantungnya stabil dan berkeadaaan baik. Bermula daripada penjagaan tahap lipid (kolestrol) dalam darah, Redza perlu memastikan ia berkeadaan baik.

Bersesuaian dengan sambutan Hari Jantung Sedunia hari ini, Redza sentiasa beringat untuk menjaga pemakanan dan banyakkan aktiviti fizikal.

“Saya gembira kerana terapi ini dapat membantu dalam peredaran darah dan oksigen dalam badan. Ia secara tidak langsung meningkatkan tahap kecergasan minda. Saya kini tidak perlu risau tentang berat badan,” katanya sambil tersenyum.

Berdasarkan pengalamannya sebelum ini, toksin dalam badannya menyebabkan dia sering keletihan. Berdasarkan terapi ini, dia akan berpeluh dan membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh kita.

Jika sebelum ini, dia mengalami masalah tidur, kini dia dapat tidur dengan nyenyak dan segar pada keesokan harinya.

Dalam pada itu, menurut Penolong Pengurus Besar, Zazen Health Solutions, Kiranjit Kaur Sandhu, terapi FIR amat sesuai diperkenalkan kepada badan-badan sukan di negara ini untuk kegunaan para atlet.

“ Teknologi ini boleh diterapkan dalam rutin senaman atlet Malaysia. Pada tahun 1998, FDA meluluskan penggunaan terapi sinar inframerah sebagai alat untuk meredakan kesakitan otot dan tisu. Terapi alternatif ini dapat membantu dalam prestasi atlet tempatan. Ia juga digunakan oleh individu yang prihatin terhadap kesihatan. Secara umumnya, kabin Zazen FIR sesuai untuk kegunaan seharian setiap ahli keluarga di kediaman masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: