Thursday, September 23, 2010

Polis Israel masuk Masjid Al-Aqsa


BEBERAPA penduduk Palestin merosakkan sebuah kereta di luar Bandar Lama di Baitulmuqaddis ekoran kejadian pertempuran dengan tentera Israel semalam.


BAILTULMUQADDIS - Polis Israel menyatakan pihaknya telah memasuki kawasan perbalahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam selepas satu kejadian tembakan yang melibatkan kematian sehingga mencetuskan rusuhan di bandar ini.

"Walaupun dilontar dengan batu, anggota-anggota polis tetap memasuki kawasan masjid," kata satu kenyataan polis Israel.

Menurut kenyataan itu, polis Israel tidak menggunakan pendekatan untuk menyuraikan rusuhan yang biasanya merujuk kepada penggunaan peluru getah dan gas pemedih mata.


SEORANG anggota polis Israel melihat cermin kereta yang dipecahkan oleh penduduk Palestin di luar pekarangan Masjid Al-Aqsa di Bandar Lama di Baitulmuqaddis semalam.


Pertempuran meletus di bahagian timur Baitulmuqaddis sebelum ini selepas seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh seorang pengawal penempatan haram di Silwan.

Ketegangan tersebut berlaku di kawasan kediaman di bahagian luar dinding masjid itu yang dianggap tempat suci buat kedua-dua pihak penganut Islam dan Yahudi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: