Thursday, September 23, 2010

Pesawat kenamaan tergelincir


BEBERAPA petugas membantu juruterbang menggerakkan pesawat Falcon DA90 yang tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang biasanya digunakan untuk membawa orang kenamaan dan pemimpin negara tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pesawat jenis DA90 (Falcon) yang dalam siri latihan penerbangan dari Pangkalan Udara Subang ke LTSM itu tergelincir ke kawasan padang rumput selepas tayar kirinya pecah.

Ketika kejadian, pesawat itu dinaiki seorang juruterbang, seorang pembantu juruterbang serta tiga krew lain dan tidak membawa orang kenamaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: