Friday, September 3, 2010

Pengemis dapat RM112,270 setahun didenda


DANIEL TERRY


LINCOLN, England - Seorang lelaki Britain, Daniel Terry, 31, didenda £100 (RM480) oleh hakim sebuah mahkamah majistret pada Selasa lalu selepas dia didapati mengemis walaupu dia menerima bantuan untuk golongan kurang upaya £80 (RM384) seminggu, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas ditahan, Terry memberitahu pihak polis pada bulan lalu bahawa dia mampu memperoleh £50 (RM240) pada setiap hari bekerja dan £100 (RM480) pada hari minggu atau £23,400 (RM112,270) setahun.

Namun Terry memberitahu majistret, dana kebajikan kerajaan yang diterimanya kerana menghidap penyakit saraf Tourette sebenarnya masih lagi tidak mencukupi untuk menyara kehidupan menyebabkan dia terpaksa mengemis.

Dia yang tinggal di sebuah flat pihak majlis tempatan dengan teman wanitanya, menggunakan beg tidur dan sehelai selimut semasa mengemis.

Bagaimanapun, dia ditahan pihak polis di pusat bandar Lincoln yang melancarkan operasi selepas satu kajian mendedahkan ramai pengemis mendapat pendapatan £20,000 (RM96,050) setahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: