
LOS ANGELES - Pengasas rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg membenarkan jurukamera program bual bicara popular, Oprah Winfrey Show untuk meninjau ke dalam rumah sewanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Zuckerberg yang berumur 26 tahun tinggal di sebuah rumah sederhana di Palo Alto, California walaupun dia sudah bergelar bilionair.
Jurukamera itu turut merakamkan gambar ruang dapurnya yang kecil di dalam rumah tersebut.
Zuckerberg mendedahkan bahawa dia belajar bahasa Cina setiap pagi di ruang dapur tersebut dengan seorang guru wanita.
Pengasas Facebook itu belajar bahasa Cina kerana dia mahu bercuti dengan kekasihnya, Priscilla Chan ke China pada hujung tahun ini.
Kekasihnya itu tinggal bersama Zuckerberg di rumah tersebut.
Zuckerberg berkenalan dengan Priscilla Chan di Universiti Harvard.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: