PETALING JAYA - Industri insurans masih menawarkan peluang yang lumayan kepada sesiapa sahaja, terutama sekali kepada bumiputera, yang berminat untuk menjadikan bidang itu sebagai kerjaya masing-masing.
Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Adnan Zain berkata, peluang itu masih terbuka kerana kadar penembusan pasaran insurans hayat di negara ini kini hanya menjangkau 41 peratus.
"Inilah masa yang perlu diambil oleh golongan bumiputera untuk berjaya di dalam bidang insurans," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Ejen Insurans Hayat Bumiputera 2010 kelmarin.
Beliau berkata, penyertaan bumiputera sebagai ejen insurans masih kecil, di mana sehingga 30 Julai tahun ini, hanya 16,258 ejen bumiputera berdaftar telah direkodkan berbanding 79,148 jumlah keseluruhan ejen insurans di Malaysia.
Selain itu, tambahnya, kerajaan juga telah bersetuju dilaksanakan beberapa cadangan untuk menggalakkan pertumbuhan industri insurans di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Antara cadangan itu ialah insentif pelepasan cukai untuk pemegang polisi insurans, Skim Pencen Persendirian, Skim Insurans Pekerja dan Skim Insurans Pekerja Asing di negara ini yang akan diwajibkan memiliki insurans kesihatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: