Thursday, September 2, 2010

Pelacur dibenar sertai The X Factor


CHLOE MAFIA


LONDON - Juri terkenal program televisyen mencari bakat nyanyian, The X Factor, Simon Cowell akan membenarkan seorang pelacur, Chloe Mafia menyertai rancangan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Katanya, pekerja seks yang menerima upah £160 (RM773) sejam itu seharusnya dibenarkan memasuki pertandingan nyanyian tersebut kerana program itu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

"Kami tidak pernah mengharamkan pelacur. Kami tidak boleh mengarahkan mereka (para pelacur) keluar daripada program ini kerana ia mungkin mengecewakan mereka," katanya.

Penerbit eksekutif The X Factor, Richard Holloway turut menyokong dan berkata, tiada sebab wanita itu dilarang daripada menyertai program tersebut kerana Chloe mungkin tidak lagi menjadi pelacur apabila dia berjaya menyertai program tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: