Wednesday, September 22, 2010

Pakaian jadi pengubat rindu


KERATAN muka depan Kosmo! 4 September 2010.


KOTA BHARU - "Saya berhasrat membawa beberapa barangan dan pakaian milik anak serta isteri saya pulang ke Kaherah, Mesir sebagai pengubat rindu."

Begitulah luahan Mohd. Yusof Awang Besar, suami Norliza Ishak, 35, yang ditemui mati dibunuh bersama anak mereka, Amirul Ayman, 10, di flat Jalan Sutera Lama, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3 September lalu.

Menurut Yusof, 37, dia dijangka pulang ke Kaherah selepas majlis kenduri arwah isteri dan anaknya itu yang akan diadakan di rumah keluarga arwah isterinya di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat pada 15 Oktober nanti.

Katanya, dia akan memilih beberapa jenis barangan dan pakaian milik dua beranak itu untuk dibawa pulang bersama ke Kaherah sebagai tanda kenangan.

"Sepanjang saya berada di Kelantan, saya sentiasa mengunjungi pusara dua insan yang paling saya sayang itu.

"Apabila pulang ke Kaherah nanti, hanya barangan milik mereka berdua yang menjadi pengubat rindu," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: