
AKTOR Mark Wahlberg mengaku dirinya masih diketawakan oleh ahli keluarganya mengenai karier muziknya yang tidak bertahan lama. Malah, dia sendiri juga berasa malu dengan sejarah karier muziknya itu.
Pelakon berusia 39 tahun itu merupakan ahli asal kumpulan popular, New Kids on the Block sebelum meninggalkan kumpulan tersebut kerana tidak menyukai stail muzik mereka.
"Saya amat malu. Saya ingatkan saya agak hebat dulu. Tetapi selepas melihat semula video lama, saya kelihatan teruk," jawab Mark apabila ditanya mengenai karier nyanyiannya.
Walaupun tidak suka dengan karier itu, ahli keluarganya enggan membenarkan dia melupakan sejarah 'hitam' itu.
Katanya kepada contactmusic: "Abang saya sedang menonton televisyen bersama saya dan mereka menyiarkan program VH1 mengenai orang paling seksi pada tahun 1990-an. Ketika itu, pembantu saya juga menonton bersama.
"Apa yang lebih memalukan adalah, saya berada di tangga nombor satu dalam carta tersebut. Kini jika mereka menelefon saya, mereka akan berkata: 'Boleh saya bercakap dengan lelaki paling seksi pada tahun 1990-an?' Mereka tidak mahu melepaskan saya."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: