PENYANYI Kerry Katona, 29, telah mendapatkan khidmat tukang tilik untuk mencari pasangan hidup yang sempurna.
"Anehnya, saya pergi berjumpa dengan seorang tukang tilik ketika berpisah dengan Mark Croft. Dia memberitahu saya bahawa jodoh saya ialah seorang peniaga yang namanya bermula dengan huruf 'P'. Saya masih menunggu," katanya kepada media.
Katona telah berkahwin sebanyak dua kali, berpisah dengan suami pertamanya Brian McFadden pada 2006.
Dia berkahwin dengan pemandu teksi, Mark Croft pada tahun berikutnya, tetapi mereka bercerai pada awal tahun ini.
Baru-baru ini, penyanyi itu dikaitkan dengan pelukis dan penghias, Adam Waldron, 33. Bagaimanapun, perhubungan itu berakhir pada bulan Julai lalu.
Sementara itu, Katona turut membuat rayuan di Facebook untuk mencari teman hidup.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: