Thursday, September 23, 2010

Julia Tidak Mahu Anak "Tumpang" Derita Kerana Badrul

Julia Daud.

JULIA Daud berjanji tidak akan rujuk kembali dengan bekas suaminya, pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jalani selepas mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Rabu.

Ini kerana dia sudah serik dengan perkahwinan itu dan dia tidak ingin anak-anaknya melalui saat-saat kepayahan yang pernah dilalui sewaktu berkahwin dengan Badrul.

"Ah... tak nak. Saya pernah jadi isteri dia. Saya tahu sejauh mana baik buruknya dia. Saya tak nak cakap benda yang mengaibkannya.

"Saya kenal dia. Dia tak boleh berubah terutama sekali mengenai dadah dan tanggungjawabnya sebagai suami," katanya kepada mStar Online.

Badrul Muhayat

Julia berkata, dia mengambil keputusan bercerai dengan suaminya kerana tidak ingin anak-anaknya merasai kesusahan yang dia alami.

"Saya kena kasihankan anak-anak. Saya tak nak anak saya tak makan. Biar saya tak makan, jangan saya jadi macam itu. Saya kena fikir masa depan anak-anak juga," jelasnya yang bekerja sebagai seorang penari sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa.

Mengenai perkembangan dirinya, kata Julia, dia ingin bekerja sebagai penganjur acara khususnya dalam bidang tarian.

"Sekarang saya baru mengusahakannya, tapi tak banyak hasil lagi. Selain itu, kekurangan modal, pakaian, sewa studio serta berulang-alik ke mahkamah sedikit-sebanyak menghalang usaha saya untuk berniaga," jelasnya.

Julia memberitahu dia kena mencari pekerjaan yang menjana sumber pendapatan tinggi untuk menyara anak-anaknya.

Sekiranya berkemampuan, katanya, dia ingin berpindah ke rumah lain untuk menjadikann hidupnya lebih aman dan selesa.

Hasil perkahwinan Julia dengan Badrul, mereka dikurniakan dua orang anak berusia antara tiga tahun dan tujuh bulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: