Friday, September 3, 2010

JPJ menyamar pantau orang ramai balik raya


JAAFAR


IPOH – Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan menyamar sebagai orang awam untuk merakam gambar kesalahan pengguna jalan raya sempena perayaan Aidilfitri dari 4 September hingga 25 September ini.

Pengarah JPJ Perak, Jaafar Mohamed berkata, skuad pemantau itu akan melakukan rondaan di 15 laluan maut yang dikenal pasti di seluruh negeri ini sepanjang tempoh tersebut.

“Anggota penguat kuasa kami menaiki kereta persendirian dengan berpakaian biasa dan masing-masing akan membawa kamera digital bagi merakam kesalahan pengguna di jalan raya.

“Enam kesalahan menjadi keutamaan pemantauan ialah melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, mengekori kenderaan terlalu rapat dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Jaafar berkata, teknik penyamaran tersebut merupakan salah satu daripada enam strategi JPJ Perak untuk mengurangkan kemalangan maut sepanjang Ops Sikap 22.

4 comments:

  1. FUCK OFF JPJ!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. "Anonymous said...

    FUCK OFF JPJ!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    September 3, 2010 11:03 AM "

    Fuck u too.ko bawak keta mcm pelesit.highway tulis 110km/h ko pg bwk 180km/h.pastu langgar org tak bersalah.kalau ko mati takpe gak.fuck u tooo

    ReplyDelete
  3. JPJ hanya jalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Ia untuk keselamatan kita semua. Orang2 yang kaki rempit fast and the furious aje akan marah!

    ReplyDelete
  4. hurmmmmmmm mcm2 la taktik JPJ ni nk abis kn buku saman dorg....x ckup ngn saman ekor, skg psg SPY lak utk tmbh kn jumlah saman tertunggak....hahaha jgn terkena kt anak bini korg sndri dh r...aku xpe,aku naik keretapi & LRT meh la saman...hahahah

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: