
NEW YORK - Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihati semua pelajar Malaysia di luar negara supaya sentiasa cemerlang dalam menimba ilmu.
Ini bagi membolehkan mereka menjadi modal insan berguna dalam membangunkan Malaysia ke arah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.
Perdana Menteri berkata, dalam menuju ke arah itu, negara memerlukan rakyat Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman di samping memiliki etika kerja yang baik serta nilai dan sikap yang cemerlang.
"Belajarlah bersungguh-sungguh agar beroleh keputusan cemerlang. Kalau pun terpaksa belajar sehingga larut malam, lakukanlah, kerana setiap saat sangat penting.
"Kalau kita beroleh keputusan cemerlang, maka peluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik adalah lebih cerah," katanya semasa berbual serentak dengan pelajar-pelajar Malaysia di enam lokasi berasingan di Amerika Syarikat (AS) melalui sesi sidang video di sini kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: