|
Pelakon Ayu Raudhah Che Wan sudah mula merancang tema majlis persandingannya dengan pemain bolasepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak. Untuk majlis sebelah keluarganya, Ayu memilih tema fairy-tale. Walaupun tarikh pernikahan belum ditetapkan, namun keluarga kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk menyatukan mereka pada bulan Januari depan. Keluarga Zaquan juga sudah membuat kenyataan kepada media pasal persetujuan memilih bulan Januari depan untuk tujuan itu. ![]() Ayu mahukan majlis sederhana. "Sebenarnya memang Ayu nak pilih tarikh 1 Januari 2011 untuk meraikan hari bersejarah itu nanti. Tapi ia terpaksa ditunda ke tarikh lain disebabkan terlalu ramai yang memilih tarikh tersebut," kata Ayu kepada majalah HARMONI edisi 15-30 September yang sedang hangat di pasaran. Ayu menghiasi cover edisi tersebut. ![]() Zaquan Adha ![]() Sudah sedia pikul tanggungjawab. Ayu, 26, mahukan satu majlis yang sederhana sahaja yang penuh dengan ketenangan, sempurna dan harmoni. Dia menyerahkan kepada kakaknya untuk untuk membuat persiapan majlis perkahwinannya dengan teruna yang tiga tahun lebih muda daripadanya itu. "Bila bercakap pasal perancangan majlis perkahwinan, timbul juga rasa berdebar dalam hati Ayu," akuinya yang tidak menyangka minatnya terhadap Zaquan akhirnya bakal membawa mereka ke jenjang pelamin. Ayu mengakui mula meminati Zaquan semasa melihat iklan billboard yang menampilkan wajah jejaka itu memperagakan jenama Nike. Pada masa itu dia tidak tahu Zaquan seorang bintang bolasepak negara. Mereka kemudian dipertemukan oleh kenalan Ayu yang juga seorang pemain bolasepak. "Macam mimpi... tak sangka pula orang yang yang selama ini dipuja dari jauh berada di depan mata. Selepas pertemuan itu hubungan kami semakin rapat," imbau Ayu. |
Wednesday, September 22, 2010
Ayu Raudhah dah fikir majlis kahwin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: