Friday, September 3, 2010

Aidilfitri di Mid Valley


SELEKSI pilihan kuih-muih di Bazar Raya Mid Valley.


MEMASUKI minggu ketiga Ramadan promosi belah-belah Hari Raya Aidilfitri di kebanyakan pusat beli-belah terkemuka semakin rancak, tidak terkecuali di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Promosi perayaan di pusat beli-belah itu membuka tirai sejak 18 Ogos lalu dan akan berlangsung sehingga 12 September depan.

Selain rambang mata membeli-belah kelengkapan Aidilfitri, para pengunjung boleh menikmati pelbagai keseronokan seperti persembahan kebudayaan, demonstrasi seni dan kraftangan. Malah, tawaran istimewa berbuka puasa diadakan dipelbagai restoran.

Selain itu, jangan ketinggalan mengunjungi Bazar Raya Mid Valley di aras Mezzanine yang bertemakan perkampungan ala taman. Pohon-pohon hijau dan bunga-bungaan mewarnai persekitaran bazar sekali gus menimbulkan suasana tenang sewaktu membeli-belah.

Pelbagai variasi produk boleh didapati di sana antaranya persalinan busana Melayu berasaskan songket daripada jenama KT Songket, barangan dekorasi rumah Metrojaya, kraftangan dan aksesori dari Heart Attack, Sinma dan Karyaneka.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh membeli pelbagai jenis biskut, kuih raya, lemang, ketupat, rendang, serunding dan kek.

Bagi menghiburkan pengunjung, Mid Valley turut menyediakan siri persembahan harian seperti tarian zapin, joget dan gamelan.

Malah, anda juga boleh mencuba permainan tradisi seperti congkak, teng teng dan gasing. Untuk mengetahui cara menghasilkan kraf tradisional, jangan lupa melawat pondok demo yang menunjukkan cara-cara menganyam ketupat, membuat rotan, melukis batik di atas selendang dan sebagainya.

Jika mahu menghadiahkan buah tangan pada keluarga, sanak-saudara mahu pun teman tersayang, hamper istimewa daripada Crabtree & Evelyn, Elianto dan The Body Shop ada menawarkan produk yang menarik untuk dikongsi.


BUSANA lebaran boleh menjadi pilihan semasa membeli-belah di Mid Valley.


Selain itu, turut menyerikan suasana Aidilfitri di pusat beli-belah itu sudah pasti pertunjukan fesyen daripada Butik Kriteria, Envee, E'tho dan Le Mombai yang menampilkan koleksi rekaan terkini sempena musim perayaan.

Sepanjang bulan promosi itu, pengunjung boleh menebus sampul raya dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit. Untuk pembelian sebanyak RM350 dalam satu resit di mana-mana outlet yang terlibat, pengunjung boleh menebus sebuah pasu bunga seperti orkid di bazar tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi di Mid Valley anda boleh menghubungi talian 03-2983 3333.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: