Sunday, August 29, 2010

Zarina dan Ungku Ismail bercinta?


ZARINA


SUDAH lama juga Diva tidak mendengar cerita pelakon dan penyanyi yang ini. Diva gemar menonton lakonannya dan merasakan dia memang berpotensi besar untuk jadi pelakon yang bagus.

Baru-baru ini, teman Diva terserempak dengan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua ini. Zarina nampak begitu mesra dengan seorang lelaki sewaktu menunggu juadah berbuka puasa dihidangkan di sebuah restoran di kawasan elit Hartamas, Kuala Lumpur.

Belek punya belek, teman Diva perasan bahawa lelaki tersebut merupakan pelakon yang sedang beraksi dalam drama Syurgamu Ramadan yang sekarang memang hangat ditayangkan di kaca televisyen. Jejaka tersebut merupakan Ungku Ismail Aziz yang membawa watak sebagai Yassin manakala Zarina turut berlakon dalam drama yang sama sebagai Aisha. Sama putih, sama padan.

Kata teman Diva, mereka kelihatan mesra dan nampak serasi. Mungkin kerana kedua-duanya telah membina ikatan kimia sepanjang berada di lokasi yang sama. Kata teman Diva, pasangan itu memang nampak serasi. Diva cuma tumpang berdoa agar sesi perkenalan itu berjalan dengan lancar. Kalau rasa sudah serasi, apa salahnya untuk melangkah setapak lagi, betulkan?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: