Thursday, August 5, 2010

Wanita Thai guna pil tidur samun lelaki


GAMBAR menunjukkan warga Denmark yang diperdayakan oleh seorang pekerja seks di sebuah bar di Pattaya semalam.


PATTAYA - Polis Thailand menahan seorang pekerja seks tempatan, Parichat Thaisamak, 39, yang disyaki membubuh pil tidur untuk menyamun seorang lelaki rakyat Denmark, lapor akhbar Pattaya Daily News semalam.

Seorang pegawai penyiasat polis Pattaya, Leftenan Kolonel Poomipat Nampootta berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan semalam ketika suspek bersama mangsa datang ke sebuah bar di sini untuk minum dua botol minuman keras.

Beberapa pekerja premis itu dan pengunjung bar tersebut kemudian bertindak pantas menangkap Parichat apabila mereka melihat warga Denmark tersebut tiba-tiba pengsan di meja manakala wanita berkenaan dilihat seperti cuba melarikan diri.

Ketika sepasukan anggota polis tiba, mereka menemui dua paket kecil pil tidur dengan salah satu bungkusan daripadanya yang mengandungi enam biji ubat dipercayai sudah dibubuh ke dalam air minuman.

Parichat semasa disoal siasat mengaku telah memasukkan pil itu untuk menyamun warga Denmarik tersebut apabila mereka balik ke tempat penginapan namun dia menukarkan rancangan sebaik melihat lelaki berkenaan jatuh tidak sedarkan diri.

Suspek masih lagi ditahan untuk siasatan lanjut manakala pihak polis merampas dua biji gelas dan botol minuman itu sebagai bahan bukti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: