Friday, August 20, 2010

Wanita cedera disimbah asid oleh kekasih


KEO SAVORN dilawati ibunya di sebuah hospital di Phnom Penh semalam.


PHNOM PENH - Empat wanita Kemboja cedera dalam satu serangan asid oleh seorang kekasih yang cemburu di sini kelmarin, kata polis semalam.

Menurut seorang ketua polis tempatan, Born Sam Ath, seorang lelaki berusia 22 tahun menyimbah asid ke arah seorang wanita yang merupakan pekerja kilang pakaian berusia 23 tahun di luar kilang tersebut kelmarin.

Serangan tersebut telah mengakibatkan wanita yang dikenali sebagai Keo Savorn itu melecur manakala tiga lagi wanita yang berada berhampiran turut cedera.

"Serangan itu angkara cinta tiga segi dan polis masih memburu lelaki terbabit," kata Born Sam Ath.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: