![]() |
| Dr. Aziz Deraman melekatkan bendera mini pada kereta milik kakitangan yang melalui pintu utama sempena majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan di UMT Kuala Terengganu, semalam. |
UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mengambil kesempatan daripada sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula semalam dengan mengagihkan 500 Jalur Gemilang kepada warganya.
Agihan itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman di pintu masuk utama kampus berkenaan mulai pukul 7.30 pagi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak pengurusan UMT memberitahu, sambutan Bulan Kemerdekaan akan diisi dengan program pelancaran di samping majlis berbuka puasa dan pengibaran Jalur Gemilang di seluruh pekarangan kampus.
‘‘UMT sentiasa memberi komitmen tinggi untuk meningkatkan semangat patriotisme warganya dan berbangga kerana menyahut saranan kerajaan dalam mengibarkan Jalur Gemilang di kampus.
‘‘Sambutan tahun ini lebih sederhana kerana berada di bulan Ramadan, tetapi kegiatan yang dirancang tetap menjadi simbol sokongan dan kebanggaan warga UMT terhadap tanah air,” ujar kenyataan itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: