
SAO PAULO, Brazil - Pelakon filem terkenal Hollywood, Sylvester Stallone tidak melunaskan hutang beberapa buah syarikat di lokasi penggambaran filem terbarunya di Brazil.
Majalah mingguan Brazil, Veja melaporkan bahawa para penerbit filem The Expendables berhutang lebih AS$2 juta (RM6.3 juta) kepada syarikat 02, firma lampu, pemandu, pengawal keselamatan dan beberapa pekerja lain.
"Sejak bulan Mei tahun lalu, 02 cuba mendapatkan wang daripada mereka (Stallone dan penerbit filem). Namun, mulai awal tahun ini, Stallone dan penerbit-penerbitnya tidak lagi menjawab panggilan," dakwa majalah tersebut.
Filem The Expendables dianggap sebagai filem paling mahal yang pernah difilemkan di Brazil dengan bajet mencecah AS$63 juta (RM199 juta).
Selain Stallone, filem itu turut menampilkan bintang-bintang seperti Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Mickey Rourke, Jason Stratham dan Jet Li.
Stallone yang berusia 64 tahun bukan sekadar berlakon tetapi bertindak sebagai penerbit bersama.
Filem The Expendables bakal ditayangkan di Los Angeles tidak lama lagi dan akan menemui penonton seluruh dunia pada pertengahan bulan Ogos.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: