![]() |
| SUSHMITA SEN |
PELAKON cantik, Sushmita Sen kembali dengan status solo sekali gus menambah bilangan bekas kekasihnya. Terbaru, nama Wasim Akrim tersenarai sebagai salah seorang bekas buah hati Sushmita.
Pasangan tersebut hanya mampu bertahan selama lima bulan. Mereka mula rapat sewaktu sama-sama menjadi juri dalam sebuah program realiti, Ek Khiladi Ek Hasina.
Sebenarnya, mereka bertemu kali pertama sewaktu berada di Dubai pada tahun 2006.
Keputusan untuk mengakhiri hubungan itu rupa-rupanya hanya diambil oleh sebelah pihak. Alasannya kerana Sushmita semakin rapat dengan Pengerusi Kriket Liga Perdana India, Lalit Modi.
Malah, hubungan jarak jauh Wasim dan Sushmita juga dikhabarkan menjadi faktor putusnya jalinan kasih tersebut.
Wasim kini berada di Pakistan hampir sepanjang masa sementara Sushmita tidak selesa tinggal lama di sana.
Setelah berbincang, pasangan itu memutuskan untuk tinggal di Dubai namun Sushmita sekali lagi enggan meniti kehidupan di sana.
Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah sahaja.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: