
HARRODS Tea Salon yang terletak di tingkat satu pusat beli-belah Suria KLCC menawarkan hidangan istimewa sempena bulan Ramadan.
Lebih istimewa, persekitaran yang tenang dan hidangan semi bufet pelanggan boleh memesan hidangan utama, manakala hidangan sampingan dan pencuci mulut boleh diambil secara bufet.
Pengurus Pemasarannya, Rosnah Abdullah memberitahu, menu utama dan istimewa untuk berbuka di Harrods+ ialah barbeku ayam dengan sumak. Menu tersebut menggunakan kesemua kaki ayam yang diperap bersama rempah-ratus dari Asia Barat dan dihidang bersama nasi beriani.
Selain itu, pelanggan juga boleh memesan filet salmon goreng dengan sos lemon Maghribi yang dihidang bersama kentang safron. Kedua-dua hidangan berkenaan boleh didapati pada hari Isnin. Harrods juga menyediakan menu yang berbeza setiap hari.
Antara hidangan lain yang boleh dipesan pada hari-hari lain ialah kaki kambing panggang dengan bawang putih dan jintan yang dihidang bersama nasi tomato dan sos ketumbar atau filet salmon panggang dengan sos tomato dan acar buah yang dihidang bersama kentang tumis dan jintan.
Pelanggan juga boleh memilih filet salmon bakar dengan sos tomato pedas dan acar buah tamar yang dihidang bersama pasta dan asparagus atau kambing panggang dengan jeruk paprika dan sos jintan yang dihidang bersama kentang lenyek dan sayuran.
Hidangan sampingan pula antaranya ialah kacang hijau dengan sup pudina, sup lobak merah dan tamar, krim labu dan jintan, serta krim cendawan dengan minyak selasih. Hidangan pencuci mulut yang disyorkan pula adalah tat lemon mini dan pelbagai kuih Melayu.
Pelanggan juga berpeluang merasai kepakaran chef Harrods menyediakan teh tarik yang menggunakan daun teh istimewa Harrods. Hidangan semi bufet ini berharga RM90 setiap orang.
Untuk tempatan sila hubungi Patrick Lazaroo, Addu Yusof atau Kumar di talian 03-2166 6000. Harrods Tea Salon Suria KLCC hanya boleh menempatkan 27 orang dalam satu masa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: