Sunday, August 22, 2010

Ruang dapur kemas & kreatif


DAPUR troli dapat membantu suri rumah menguruskan kerja dapur dengan mudah.


MENGHIAS kediaman bukan perkara mudah kerana tanpa idea kreatif dan susun atur yang sempurna, keadaan rumah mungkin kelihatan membosankan walaupun menggunakan perhiasan mahal dan berjenama.

Sebab itu ada yang berpendapat cara seseorang menghias rumah sering melambangkan sikap pemiliknya, malah mempengaruhi kesejahteraan sesebuah rumah tangga.

Ia sebenarnya terpulang kepada cita rasa, masa yang diperuntukkan untuk mengemas dan konsep pilihan pemilik kediaman.

Bagi sesetengah wanita, sebahagian besar masa mereka dihabiskan di dapur.

Dapur bukan sekadar untuk menyediakan hidangan dan memasak tetapi ia juga dijadikan sebagai tempat ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama. Ada yang menyebut, jika ingin mengenali pemilik rumah, dapur adalah ruang paling sesuai. Ruang dapur kemas dan bersih dikaitkan dengan sifat pemilik kediaman yang sukakan kebersihan.

Lantaran itu keselesaan di bahagian dapur amat dititikberatkan seperti kebersihan, susun letak pinggan mangkuk, kedudukan perabot, dapur memasak dan tempat mencuci.

Perubahan zaman turut membawa pembaharuan hiasan dalaman di bahagian dapur agar memberi kesan lebih kemas dan menyenangkan mata yang memandang.

Sempena Hari Raya Adilifitri, IKEA yang terkenal dengan kelengkapan rumah menawarkan pelbagai dekorasi dapur. Berkonsepkan sikap saling tolong-menolong, IKEA menawarkan pelbagai hiasan yang mengimbau kenangan kita kepada suasana kampung. Biar pun begitu nilai moden yang membantu ruang dapur kemas dan cantik tidak diketepikan.

Sesuai untuk majlis rumah terbuka nanti, pasti anda mahu setiap ruang sempurna untuk mewujudkan suasana keluarga ceria.

Justeru anda perlu kreatif memilih peralatan dan barangan dapur agar tetamu yang hadir berasa selesa.

Selain ruang memasak, ruang makan juga memerlukan dekorasi yang kemas.

Bagi menjimatkan ruang kediaman, pastikan anda memilih meja makan yang boleh dilipat. Ia boleh dibuka apabila bilangan tetamu yang ramai dan dikemaskan semula selepas itu.

Menariknya, tahun ini anda mungkin boleh menggunakan dapur troli. Kaedah ini memberi ruang penyimpanan, bekerja dan kemudahan tambahan. Ia berfungsi untuk menyimpan pinggan mangkuk tambahan khususnya ketika menjamu tetamu yang datang pada Aidilfitri nanti.

Dapur troli ini juga boleh digunakan untuk menghidangkan juadah kepada tetamu.

Berbeza dengan jenama lain, IKEA turut menyediakan hiasan suai dan padan dengan corak yang pelbagai.

Moden dan penggunaan pelbagai warna pasti menyerikan ruang dapur anda.

Apatah lagi keluasan ruang antara cabaran menghias kerana kreativiti dan kebijaksanaan perlu diketengahkan sepenuhnya.

Cuba ketengahkan gaya penataan pilihan dengan memberi tumpuan kepada segenap penjuru ruang biarpun sudut kecil yang kurang digunakan.

Sempena bulan Ramadan, IKEA mengadakan jualan mulai 5 hingga 12 September ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: